Pentauliahan Apachie Rovers 2009

>> Friday, March 20, 2009

Salam,

Pada 13/3/2009 hingga 15/3/2009, Pasukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur telah menganjurkan Perkhemahan Pentauliah Sessi 2009... Pendaftaran peserta yang sepatutnya bermula jam 1500 hanya dapat dijalankan selepas jam 1600 kerana masalah komunikasi...

Seramai 19 orang peserta mendaftar untuk ditauliahkan dan menjadi sebahagian dari keluarga PPKAST... Majoriti ahli adalah dari kaum Cina dan ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana selama ini PPKAST hanya disertai oleh kaum Melayu...

Walaupun dalam keadaan yang agak kelam-kabut, tetapi dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua, perkhemahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah... Dan apa yang paling menyeronokkan pada perkhemahan kali ini ialah persembahan dari peserta yang betul-betul "havoc"... Tak kering gusi dibuatnya... Sampai keluar Tepuk Apachie versi 2009...

Aku telah diberi kepercayaan dilantik sebagai salah seorang main fasi bagi sessi Virgil... Sessi Virgil ialah sessi dimana ahli-ahli baru diberikan sekeping kertas untuk dibaca dan bertanyakan tentang mengapa mahu berkelana, semangat berpengakap dan lain-lain... Tuan Pengerusi mengharapkan sessi Virgil kali ini dapat dimanfaat oleh fasi dan peserta untuk menanam semangat pasukan... Selepas itu, semua peserta disarungkan dengan epolet Kelana menandakan mereka telah ditauliahkan sebagai Kelana dan sebagai ahli rasmi PPKAST...

Apapun, aku ucapkan tahniah kepada AJK Perkhemahan yang mampu merencanakan dan merealisasikan perkhemahan dalam masa yang singkat...

Akhir kata, Tepuk Tepuk Tepuk Tepuk Apachie!!!!

Read more...

Pelik...

>> Wednesday, February 11, 2009

Salam,

Masuk hari ni berduyun-duyun orang dok buat laporan polis pada Karpal... Berdemonstrasi tentang kebiadapan Karpal... Aku tak berapa ambik perhatian pasal Karpal... Biarlah pihak yang berwajib buat kerja depa... After all, they are paid to do that...

Cuma yang aku dok perati dan do pikirkan, satu aje... Ke mana perginya pihak berkuasa masa depa ni buat demonstrasi dan perarakan??? Adakah tidak ditunjukkan atau sebab depa ni orang-orang parti satu lagi???

Mengapa bila DS Nizar nak masuk ke pejabatnya, FRU dah standby??? Masa orang dok berkumpul bila new MB angkat sumpah, depa dah standby... Double standard ke??? Adil ke???

Aku ingat dulu KPN kata "Polis berkecuali"... Tetapi maaf ler, aku tak nampak mana "kecuali"nya... Kalu penyokong kerajaan boleh berkumpul tanpa permit tanpa kehadiran polis yang besar, mengapa ada pilih kasih bila tiba pada pembangkang...

Read more...

Chaos in Perak

>> Friday, February 6, 2009

Salam,

Guess by now everyone knows what is happening in Perak... Although I'm not a Perakian, but I feel sad and pity with the people of Perak... To me it shows how desperate BN is in getting hold of power... And I agree with CheDet's view on this. Read it here.

It a joke when BN excepted reps that has corruption cases to be heard and a rep who just jumped over and then re-jumped. What a player!!! And yet they think BN reps are cleaned... How can that be... I'm not suprised if these are the people going to be appointed as EXCO in returned for their 'contribution'...

Many people expect that a fresh election will be called... And to be fair, it should be an election... To give a new mandate to who ever wins... Now it seems, the people who votes is not important... What is more important is to gain power no matter what...

Read more...

Janda Baik Excursion - Final Day

>> Thursday, January 29, 2009

Salam,

Setelah 2 malam di Janda Baik, tiba masa untuk pulang kembali ke Mantin... Tak dinafikan ianya satu percutian yang menyeronokkan... Terutama pada anak-anak... So pagi lepas breakfast, terus turunkan khemah dan berkemas... Ada gak yang sempat terjun sungai for the last time...

DSC_0300

Sebelum balik, kena ler ada sessi fotografi... Siap susun kerusi cam nak shoot for majalah sekolah lak... Of course this time aku dah ada tripod, so tak susah dah nak setting... Pacak tripod, snap 2-3 keping untuk setting and we are ready to shoot...

DSC_0301

The whole gang bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan... Ni kira gambar serius...

DSC_0302

Ni pun gambar serius tapi Hasmuni dah buat pose freestyle lak...

DSC_0303

Ni baru gambar freestyle...

DSC_0307

On the way, sebab dulu depa komplen aku bawak laju sangat, so kali ni aku slow aje ler... Lagipun jalan menurun bukit... Most of the time pun aku tak tekan minyak... Tapi aku pulak tak larat... Tengok Hasmuni dah overtake Zain, aku pun up laa speed ke 120kmh... Final destination sebelum balik, we all singgah kat kedai Kelantan yang aku lupa lak namanya... Salah satu sebab nak introduce Kak Liza pada laksam... Tak pernah makan katanya... Lepas dia rasa, disuruh pulak anak-anaknya rasa... Supaya nanti bila dah berumur, kengkawan tak kutuk kalu tak tau apa itu laksam... Jangan marah aaa Kak...

Anyway, all of us had a great vacation... InsyAllah, akan ada lagi trip Geng Kengkawan...

Untuk gambar keseluruhan Final Day, click kat sini - Flick Final Day

Read more...

Janda Baik Excursion - Day 2

Salam,

DSC_0174

Pepagi lagi ada yang dah terjun ke sungai... Bukan selalu pun dapat mandi sungai yang sejuk bak air batu ni... Selalu kat rumah mandi ngan hot shower... Sekali sekala pekena air sejuk....

DSC_0170

Sarapan pagi simple aje tapi mengenyangkan... Actually aku lupa apa sarapan pagi hari tu... Kalu tak silap nasi goreng... Dan disediakan oleh kaum ibu ler... Kaum bapa ada yang masih membuta lagi.. Aku jer yang dah bangun... Heh heh heh...

DSC_0196

Plan asal 2nd day ni nak pi pusing-pusing Janda Baik tapi sebenarnya nak ke mana pun tak tahu... Nak ke air terjun kena trekking dalam 1/2 jam... So we decided to stay kat chalet aje... Memandangkan malam sebelumnya hujan lebat, so we moved the tents ke bawah dewan makan terbuka... Plannya kalu hujan, bebudak still boleh tidor dalam khemah... Dewan tu ada bumbung, so ok laa kot... Lepas alihkan khemah, ruang lapang tu dijadikan playground... Depa main Dodge Ball (kalu tak silap aku)... Seronok tengok bebudak ni having a good time... Lepas main, makan... Lepas makan, mandi.. Pastu makan, main dan begitulah seterusnya...

DSC_0204

Malangnya dah penat-penat alih, datang tuan tanah mintak tolong alihkan khemah... Ada group lain datang dan sewa dewan tu... Apa nak buat, alihkan aje ler... Hopefully malam tak hujan like the day before... Untuk mengelakkan kejadian yang sama, kami letak ler khemah-khemah tu kat beranda chalet... Of course khemah aku tak ler, sebab aku guna khemah Coleman...

DSC_0219

Lepas lunch, aku lentok sat... Ngantuk wor... Tambah lak cuaca yang begitu sejuk dan nyaman... Tapi bangun around 5pm camtu sebab nak prepare untuk BBQ... Yang bestnya, Maidin ngan Sham sambil pergi beli arang, sempat borong udang ngan ikan talapia... Perrrghhhh... Memang melantak aje we all masa kat sana...

DSC_0228

Macam-macam makanan yang ada... Ngalahkan makan kat rumah lagi... Majoritinya licin except ayam BBQ... Tapi cam biasa akan dikitar-semula untuk esok... Dan memang seronok bila makan ramai-ramai ni... Mungkin tak seberapa, tapi cukup menyelerakan...

DSC_0261

Malam tu aku tunaikan jugak permintaan anak-anak yang ingin belajar main gitar... Aku ni bukan ler terer pun tapi boleh ler takat nak bagi depa simple-simple chord... Macam-macam yang ditanya... Jawapan aku senang aje... "Yang tu jangan tanya kenapa... Uncle pun tak tau"... Yelah, aku dulu pun belajar hemtam keromo aje...

DSC_0265

Sekali orang lama pun nak lepas gian jugak... Hantam saja lah labu... Aku tak silap, depa main lagu Rindu Bayangan... Yang penting semua orang gembira... Lagipun bukan selalu dapat berkumpul macam ni... Sama-sama menghiburkan hati...

Malam tu mak-bapak tidor lewat sikit... Borak-borak pasal kerja ler, pasal itu ler, pasal ini ler... Sambil pekena Nescafe, kunyah kacang and kuaci... Hasmuni dah standby dengan BreatheRight (rasa aku tu ler namanya) untuk mengurangkan noise pollution... Tapi apa yang aku dengar, tak mujarab gak... Alhamdulillah malam akhir tak hujan langsung... Selesa gak ler aku tidur dalam sleeping dan khemah Coleman aku...

Untuk melihat gambar keseluruhan Day 2, click kat sini - Flickr Day 2

Read more...

Janda Baik Excursion - Day 1

Salam,

Setelah membuat perancangan disaat-saat akhir, geng kengkawan KTJ telah bercuti bersama-sama di Janda Baik... Jenuh gak nak mencari chalet yang sesuai 2 minggu sebelum tarikh nak pergi... So pada 25/1/2009 - 27/1/2009, kami 5 keluarga telah bercuti di Janda Baik...

DSC_0008

Kami bertolak dari Mantin/Nilai jam 10pagi melalui LEKAS , Cheras, MRR2, Ulu Kelang dan Karak Highway... Aku rasa aku cuma bawak dalam 100km/h tapi depa komplen laju... Power gak ler van bas sekolah aku tu ek... Sampai di Genting Sempah RnR lebih kurang jam 12tghari... Lepas semua dah berkumpul (sebab Maidin last to arrive), kami bergerak ke Pulau Santap...

DSC_0032

Bila sampai kat Janda Baik, berbeza betul dengan Mantin... Panas terik dan tak hujan... Tapi kat sana, dah ler sejuk, hujan lak tu... Perrrgggghhhh... Nyaman sungguh.... Tapi ramai sungguh ler orang... Yang piknik ada, yang sewa chalet ada dan sebagainya... Aku ngan Hasmuni round dulu carik tempat port yang baik tapi takda yang sesuwai... So we decide sewa tapak restoran untuk makan tengahari memandangkan hari hujan... Puas gak ler Hasmuni dok deal ngan owner tapi akhirnya dapat gak...

DSC_0077

Lepas lunch, sessi mandi sungai laa pulak... Bebudak seronok ler... Bapak-bapak budak rasa cam leceh aje kecuali Zain... Siap buat empangan lagi ngan bebudak... Mak-mak budak, sessi gosip kot...

DSC_0124

Dah puas mandi sungai, we all bergerak ler ke Maninjau Chalet... Tempat penginapan yang dah ditempah awal-awal lagi... Tuan punya pun baru habis kenduri kawin anak bongsunya... Dah confirm tapak dan chalet, bebudak naikkan khemah untuk depa tidor... Dah setel tu, sambung lak lagi mandi sungai kat chalet tu... Aku terjun gak tapi takat pinggang aje... Sejuk giler tu...

DSC_0138

Tapi kali ni Sham tak lepas peluang... Terjun gak... Tu yang berserban kepala lepas mandi... Cuma sedikit setback sebab hari hujan dan khemah bebudak basah... Nasib baik ada satu extra chalet belum dimiliki... So we all decide to take that for the boys tidur untuk malam tu...

DSC_0152

Dinner disediakan oleh kaum ibu... Ada masak asam pedas, sardin, telur rebus dan vegetables... Memang berselera masing-masing... Lepas dah kemas, masing-masing dah kenyang, sessi santai ler pulak... Aku lepak main gitar sambil anak-anak (dan bapak) menyanyi... Sumbang-mambang jadinya... Tak kesah ler, janji ROCK!!!! Tapi mak-bapal yang lain dah pengsan awal sebab keletihan kot... Yang last tinggal aku ngan Sham aje... Tido kat area dapur... Sentry ler kununnya... Yang bestnya, chalet bapak-bapak ada orkestra... Berlawan-lawan lak tu... Saling tingkah-meningkah...

Last-last, Kak Ruaida bangun around 4am... Suruhnya aku tido kat chalet... Boleh ler dia berdating ngan lakinya kan??? He he he... Masuk chalet aku, sesak... Maunya tidak... Anak-anak laki aku semua conquer katil.. Maknya ngan kakaknya kena tido atas lantai... Aku nak taknak, nyelit aje ler... Belasah aje, janji boleh tidor...

Untuk melihat gambar keseluruhan Day 1, click kat sini - Flickr Day 1

Read more...

Bolasepak di Malaysia

Salam,

Aku rasa topik ni orang dah muak nak perkatakan... Bila peminat bising, dok cakap something drastic will be done tapi the only thing yang drastic is about our football... Dari satu negara yang digeruni suatu masa dulu, aku ingat sekarang ni kalu Thailand ke, Indon ke, Singapura ke or even Laos cakap "Kita menghormati keupayan pasukan Malaysia bla bla bla", korang rasa tu ikhlas atau menyindir???

Mungkin kita ni peminat hanya tahu nak kritik nak kutuk nak bagi pendapat... Orang di FAM mungkin kata, suruh depa laa uruskan... Lor, sampai nak kata begitu (kalu ada ler)... Aku rasa rakyat Malaysia masih sayangkan pasukan negara dan negeri masing-masing... Tapi bila permainan takda kualiti, takda kesungguhan dan tak mampu nak berikan yang terbaik untuk peminat, camna kami ni tak lari pi nengok EPL atau international team yang lain...

Aku setuju jugak dengan pandangan B. Sathianathan... Dan aku jugak cadangkan supaya kita kembali semula ke tahap amatur... Kalu persatuan negeri tak mampu nak uruskan pasukan dengan professional, buang masa aje... Dah berapa banyak kes gaji pemain tak dibayar, EPF tak bayar, income tak tak bayar, gaji coach tak bayar dan macam-macam lagi... Apa kes??? Mana pi duit???

Aku rasa kalu kita balik ke liga amatur cam dulu, pemain dah tentu ada kerja... Ada kerja ada gaji... Ada gaji ada ler berasap dapur tu... Dan aku rasa kualiti kita masa zaman amatur lebih tinggi berbanding sebagai "PROFESSIONAL"... Professional tahi kucing... Dan aku mahu cadangankan jugak supaya pasukan negeri ni patut diuruskan seperti sebuah kelab... Bukan bernaung dibawah negeri tetapi mungkin secara entiti perniagaan... Negeri hanya menguruskan atau memantau perkembangan bolasepak di negeri masing-masing... Let businessman runs the team and not politician... Tengok cam badminton dibawah Dato Nadzmi... He's not a politician but a businessman... So far takda dengar masalah pasal kewangan... Mampu nak hire top ex-players untuk melatih pemain kita...

So why can't football be the same??? Sebab footballers ni rasa depa ni celebrity... Dan memang pun... So far ahli sukan lain ada ke kawin artis??? Tak perasan laa pulak tapi footballers ada... Tak perlu aku cakap tapi "LU PIKIRLAA SENDIRI"

Read more...

Photography Workshop

>> Wednesday, January 21, 2009

Salam...

Setelah hampir 4 bulan pegang Nikon D60 + kit lens, akhirnya aku dah sedikit mahir dengan kecanggihan gajet tu... Sebelum ni asyik dok main hemtam keromo aje... Samada AUTO atau M atau P tapi skill hancussss....

So on 17/1 dan 18/1, aku attend a digital photography workshop organised by Dunia Fotografi... Tunjuk ajar dari Cikgu Adhadi dan dibantu oleh fasi yang lain, tau ler aku camna nak guna mode M, A atau S... Nak tukar shutter atau aperture... Nak buat bokeh, nak shoot potrait dan lain-lain... Tapi masih banyak yang perlu dipelajari... Kalu nak tengok hasil kerja aku masa kelas tu, pi kat Flickr aku ataupun kat Multiply aku...

Kalu ditengok sekarang ni, merata orang guna DSLR... Mungkin ada yang nak carik income ngan kamera... Jadi wedding photographer ke, event photographer ke or apa ke... Tapi aku, sebab minat pada photography... Nak buat wedding ni, belum ada keyakinan... Lagipun wedding is a important occasion in one's life... Kalu client tak puas hati, nama kita gak buruk... So for now, I just want to shoot for fun, leisure and pleasure... Kalu ada yang aku rasa cun pastu ada value, maybe boleh hantar kat The Star ke, magazine ke... Kalu tak, kat Flickr aje...

Anyway, aku secara rasminya mempromosikan laman Dunia Fotografi untuk kalian... Samada anda dah pro atau amatur atau beginners, dah ada DSLR atau tidak, come join the forum...

Ciao....

Read more...

Permulaan 2009

>> Sunday, January 4, 2009

Salam...

Alhamdulillah kita telah memasuki tahun yang baru... Tahun Masihi 2009 dan Tahun Hijrah 1430... Banyak peristiwa suka dan duka dilalui sepanjang tahun 2008... Kita ambil itu sebagai kenangan dan pengajaran... Menjadikan kita lebih dewasa dan lebih matang...

2009 banyak bermula dengan tragedi... Keganasan zionis haram jadah dan keangkuhan si Semak aka George Bush... Sayu hati melihat paparan di TV atau akhbar... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang syahid.. "AL-FATIHAH"...

Dalam negeri pulak, kemalangan ngeri yang berlaku... 2/1/09 di Gua Musang dimana 2 keluarga kehilangan ahli mereka... 4 sahabat maut di Kuala Lumpur pagi 3/1/09, kemalangan di Alor Setar...

Of course ada juga berita kegembiraan... LIVERPOOL ARE ON TOP OF THE LEAGUE CURRENTLY... Who cares what the future may be or what the past records are... The present that counts... Hopefully they will do well against Preston pagi ni dalam FA Cup...

Esok, 5/1/09 anak-anak aku dah masuk sekolah... Tahun ni Daus di Tahun 6, Kakak Tahun 5, A'an Tahun 4, Ayad Tahun 2 dan Awan dan Fauzan masuk tadika... Memang parah poket dibuatnya... Tapi demi masa depan, aku dah bersedia... By hook or by crook, aku usahakan supaya mereka bakal jadi rakyat Malaysia yang gemilang, cemerlang dan terbilang... Cuma tahun ni, kena concentrate more on Daus... Of course not neglecting yang lain...

Work wise, hope to see more improvement on my department... Want to ensure work are done more systematically and smoothly... Apart from improving the services and facilities currently...

Azam??? Ada kat rumah sebelah... Ekekeke... Tu Azam lawyer... Azam tahun baru??? Tak perlu azam-azam... Selalunya "Hot Hot Chicken Shit" aje... Yang penting, live life the fullest... Be happy... Do what we do the best we could...

Till then... WORLD PEACE!!!

Read more...

ShoutMix chat widget

Labels

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP