Bolasepak di Malaysia
>> Thursday, January 29, 2009
Salam,
Aku rasa topik ni orang dah muak nak perkatakan... Bila peminat bising, dok cakap something drastic will be done tapi the only thing yang drastic is about our football... Dari satu negara yang digeruni suatu masa dulu, aku ingat sekarang ni kalu Thailand ke, Indon ke, Singapura ke or even Laos cakap "Kita menghormati keupayan pasukan Malaysia bla bla bla", korang rasa tu ikhlas atau menyindir???
Mungkin kita ni peminat hanya tahu nak kritik nak kutuk nak bagi pendapat... Orang di FAM mungkin kata, suruh depa laa uruskan... Lor, sampai nak kata begitu (kalu ada ler)... Aku rasa rakyat Malaysia masih sayangkan pasukan negara dan negeri masing-masing... Tapi bila permainan takda kualiti, takda kesungguhan dan tak mampu nak berikan yang terbaik untuk peminat, camna kami ni tak lari pi nengok EPL atau international team yang lain...
Aku setuju jugak dengan pandangan B. Sathianathan... Dan aku jugak cadangkan supaya kita kembali semula ke tahap amatur... Kalu persatuan negeri tak mampu nak uruskan pasukan dengan professional, buang masa aje... Dah berapa banyak kes gaji pemain tak dibayar, EPF tak bayar, income tak tak bayar, gaji coach tak bayar dan macam-macam lagi... Apa kes??? Mana pi duit???
Aku rasa kalu kita balik ke liga amatur cam dulu, pemain dah tentu ada kerja... Ada kerja ada gaji... Ada gaji ada ler berasap dapur tu... Dan aku rasa kualiti kita masa zaman amatur lebih tinggi berbanding sebagai "PROFESSIONAL"... Professional tahi kucing... Dan aku mahu cadangankan jugak supaya pasukan negeri ni patut diuruskan seperti sebuah kelab... Bukan bernaung dibawah negeri tetapi mungkin secara entiti perniagaan... Negeri hanya menguruskan atau memantau perkembangan bolasepak di negeri masing-masing... Let businessman runs the team and not politician... Tengok cam badminton dibawah Dato Nadzmi... He's not a politician but a businessman... So far takda dengar masalah pasal kewangan... Mampu nak hire top ex-players untuk melatih pemain kita...
So why can't football be the same??? Sebab footballers ni rasa depa ni celebrity... Dan memang pun... So far ahli sukan lain ada ke kawin artis??? Tak perasan laa pulak tapi footballers ada... Tak perlu aku cakap tapi "LU PIKIRLAA SENDIRI"
0 comments:
Post a Comment