SABS Class of 1987 Reunion

>> Monday, December 15, 2008

Dari kiri (belakang): Muzafar, Ricky @ Datuk K, Suria, Wazir, Bijan, Alam Shah, Zamzuri, Elias
Dari kiri (depan): Adha @ Esad, Wan Kamarudin, Azrin, Halimi, Azhar, Asri, Mazol, Zairol

Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat untuk bertemu dengan ex-classmate Sek Men Keb. Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai SABS.

Tanggal 13 Dis 2008 bertempat di MS Garden Kuantan, satu small reunion diatur. Walaupun cuma 17 orang yang hadir, but at least its a start. Setelah lebih 20 tahun tidak bertemu, masing-masing memang tak sabar untuk berjumpa kembali. Of course kebanyakkannya dah tak macam dulu. Banyak yang perubahan dari segi fizikal terutama saiz badan. Mungkin sebab kita semua dah berjaya dalam kehidupan. Ada yang jadi cikgu, pengurus, businessman dan sebagainya. Bak cerita Mazol bila jumpa Cikgu Chen dan dia kata "Dah jadi orang". Menunjukkan betapa kami ni masa sekolah dulu, NAKAL. Bukan jahat, tapi NAKAL. Itulah beza murid sekolah dulu dan sekarang. Senakal-nakal kami pun, masih menghormati cikgu.

Banyak cerita-cerita nostalgia zaman persekolahan keluar. Terbahak-bahak memasing bila mengingatkan semua tu. Kisah member ada makwe amoi, merokok kat tandas, cabar member ngorat member pompuan, bertelingkah dengan cikgu dan memacam lagi.

Masa 3 jam rasanya berlalu dengan pantas. Tak puas rasanya dok melepak tapi apakan daya memasing ada komitmen lain. Namun apa yang diharapkan ianya bukanlah satu penghabisan tetapi permulaan. InsyAllah, tahun depan ada cadangan untuk buat dengan lebih grand lagi. Ala-ala family day gak. Mana tahu maybe lepas ni kita boleh jadikan ianya satu kumpulan yang boleh membantu kebajikan rakan-rakan dan ahli keluarga, InsyAllah.

So kepada rakan-rakan, kita sesama cuba mencari kembali rakan-rakan yang lain. Kalu ada, mintak depa contact Suria or Bijan ataupun masuk http://groups.yahoo.com/group/xsabs87.

Read more...

Cerita Hari Raya

>> Tuesday, October 7, 2008

Seronok??? Sudah semestinya... Penat??? Memang pun... Tahun ni jauh aku berhari-raya... Raya pertama di Shah Alam... Pagi lepas solat raya, bermaaf-maafan dengan keluarga mertua dan ipar-duai aku... Tengahari seluruh keluarga berhari-raya di rumah saudara-mara wife aku... Dari rumah pergi ke Bukit Tinggi lepas tu Andalas di Kelang... Then ke Kg. Baru dan last sekali Gombak... Dari Gombak dalam pukul 7pm, gerak ke Kuantan... Sampai Kuantan dalam jam 10pm...

Raya kedua jam 9am gerak ke Kelantan ikut Jabor-Jerangau-Kuala Berang-Jertih... Sangkut jam kat Kuala Berang sebab ada eksiden atas jambatan... Lepas tu sangkut lagi kat Jertih and last sekali from Pasir Puteh ke Selising... Sampai Kg Bukit Bidang jam 4pm... Semua kelaparan... Nasib baik ada nasi dagang yang disediakan oleh cousin aku...

Malam tu berkumpul sanak-saudara sebelah mak aku... Siap buat BBQ ayam ngan kambing... Perrrgghhhh... Ramai sedara-mara aku datang... Memang seronok bila berkumpul ramai-ramai ni...

Raya ketiga ke rumah pakcik aku di Kota Bharu... Then rumah pakcik aku kat Gunong... Lepas jumaat ke Ketereh beraya... Lepas asar bergerak ke Pasir Mas... Nak beraya rumah biras orang tua aku... 5pm from Ketereh and reach Pasir Mas jam 7pm... Jem gilerrrrrrr.... Malam balik ke Bukit Bidang, sangkut lak jam about 5km from Ketereh... Nasib baik ada polis kawal traffic...

Raya keempat beraya rumah sepupu aku di Melor sebelom berkonvoi ke Kadok untuk majlis pertunangan anaknya... Dalam 12.30pm gerak dari Kadok untuk balik ke Kuantan... Sangkut jem kat Ketereh dalam 1jam... Slow traffic dari Melor ke Pasir Putih... Sangkut lagi kat Jertih, Permaisuri and Setiu... Aku dah mengantok... So berenti solat Asar kat kampung apa nama tah... Tukar driver ngan wife aku... Heavy traffic with average speed around 80km... Lepas tu aku tak sedar apa dah sampai ler kat Ajil...

Berenti solat Maghrib kat Ajil and aku take over balik driving... Ingat dah clear tengok kereta laju aje... Keluar dari masjid tu dah happy dah... Jalan dalam 3-4km, heavy traffic balik... Lampu kereta tu selagi jalan tu lurus, sejauh tu ler kita boleh nampak lampu... Aku pun apa lagi, pantang line clear kasi potong ler... Kalu nak ikut aje, kematu ler punggung aku jawabnya... Sampai Kuantan jam 1030pm... Singgah rumah orang tua aku, punggah barang then keluar balik pi beraya rumah ex-schoolmate aku... Sebab dah janji nak pergi...

Raya kelima jam 9.30am gerak balik ke KL... Traffic tak heavy lagi... Belasah 140km most of the time and reach KL jam 1230pm... Pi beraya rumah cousin aku kat Puchong... Then rumah babysitter anak aku dulu baru ler balik rumah mertua aku... Lepas maghrib, beraya rumah member aku kat Keramat and then balik Mantin... Sampai Mantin jam 11pm...

Tamat

Read more...

Isu Hangat

>> Tuesday, May 20, 2008

For the past weeks, banyak isu yang telah tersiar samada di akhbar atau berita atau Internet... isu Karpal ngan Raja-raja, isu kekalahan Malaysia dalam Piala Thomas, isu manifesto PR di Selangor dan bermacam-macam lagi... tapi aku cuma tulis 2 isu je... isu PLKN ngan issue Tun Mahathir quit dari UMNO...

let's start ngan PLKN... banyak suara yang mintak supaya PLKN dibubarkan... lebih banyak bawak masalah dari kejayaan... ntahler tapi secara peribadi aku tak rasa ianya patut dibubarkan... maybe aku tak berada di tempat org yang kehilangan anak di PLKN tapi org yang bagi komen tu aku tgk, bukan anak depa gak... so what's the fuss??? bagi kita org Islam, kalu dah ditakdirkan meninggal dunia masa dlm PLKN, kita nak buat camna???

tapi bila dilihat dari komen politik, depa dok kata kroni-kroni dapat jadi supplier itu supplier ini... so terang-terang bukan ler sebab keselamatan or kesihatan sangat, tapi politik... patutnya politician or MPs perjuangkan keadaan di kem dari semua aspek... kesihatan, keselamatan dan keselesaan pelatih... tapi ni tak... lebih nak menghentam lak... yes, we are nowhere near the Singapore National Service... tapi sekurang-kurangnya kita mahu membentuk jatidiri dan disiplin generasi sekarang... tengok berapa banyak gejala sosial yang berlaku sekarang ni... maybe ada orang boleh buat survey tentang keberkesanan PLKN dalam membentuk masyarakat yang lebih maju dan boleh berfikir tentang baik dan buruk... nanti kita sambung lagi lak...

sekarang hangat isu che det quitting UMNO... ada yang melatah tak tentu pasal... ada yang menyokong... banyak yang kata ini memecah-belah orang melayu... abis selama ni orang melayu ni bersatu ke??? sejak dari zaman dulu lagi, inilah masalah orang melayu... sifat dengki-mendengki, tak puashati, keras kepala dan macam-macam lagi sikap yang merosakkan kita... mungkin elok kalu semua letak jawatan and start fresh... means kasi muka baru... yes its a risk tapi apa bezanya??? maybe young people like mukhriz or hishamuddin...

aku tak tahu if tindakan che det ni betul ka tak... hanya dia yang tahu... ramai gak yang dengarnya ikut jejak Tun... cuma aku harap reason depa ikut tu sebab nak selamatkan negara... selamatkan UMNO... bukan 'eat mee hidden prawn' (aku laa ni seronok buat broken translation)... well, let see how the drama will end...

Read more...

Bola lagi...

>> Monday, April 28, 2008

Wah... Nampaknya its going to down to the wire... Chelsea beat MU last weekend (waakakakakakakakakaka) to open up the race for Premiership champion... Although Fergie and the rest of MU supporters kata ref salah, tapi hakikatnya MU kalah... Cuba kalu Chelsea yang kena... Sure Fergie kata ref made a right decision... Adatlaaa... Bila kalah, ada je lah alasan nak bagi... on paper, rasanya takda masalah for MU to win the last two games... but then you never know... bola itu bulat...

Lepas ni, Liverpool will be against Chelsea at the Bridge... Kalu sebelum-sebelum ni, Reds ada home advantage on 2nd leg semi... Tapi this season nampaknya tak... And with Chelsea not beaten at home for the past 80 over games, it looks like Reds have a huge task to break the record... But then Reds Champs League record memang hebat... So, its still not over until its overs...

Kalu ikutkan, malas nak bincang pasal Liga M... Bukan sebab tak patriotik atau takda semangat nasionalisme... Tapi apa yang peminat dapat hasil dari memberi sokongan pada pasukan kesayangan mereka... Sebab tu orang lebih minat liga luar negara... Ada kepuasan... Sekarang dah heboh lak kes rasuah... Mana silapnya??? Adakah FAM, Persatuan Negeri atau pemain yang bersalah??? Selalu keluar dalam akhbar kata negeri tak bayar pemain... tak bayar caruman dan sebagainya... Mana pi duit??? Bukan ke tiap tahun ada peruntukan dari FAM??? Tapi negeri pun satu bangang... Usaha sikit cari sumber kewangan... Jangan harap peruntukan aje... Jangan harap sponsor aje... Sponsor pun nak tengok jugak hasil sponsorship depa... Mungkin for a start, keluarkan semua orang politik dari persatuan... Carik businessman pulak terajui... Ataupun korporat kan pasukan cam EPL tu... Kalu pemain tak dapat gaji or tak setimpal dengan khidmat yang diberikan, tak mustahil rasuah akan berleluasa kembali...


Anyway, apa yang aku citer kat atas tu pendapat peribadi aku... Terpulang untuk anda menilai dan memberi pandangan...

Read more...

Cerita Bola lak...

>> Sunday, April 13, 2008

actually aku tak tau apa nak tulis malam-malam camni... famili semua dah lena di ulit mimpi... aku dok layan MU vs ARSENAL... so ingat why not kita borak-borak pasal bola...

baru jap tadi LIVERPOOL beat BLACKBURN 3-1... dengan 4 games to go, hopefully LIV boleh maintain their form to at lease secure 4th placing... at least next season masih boleh play in Champs League qualifying round which they should be able to secure a place... most LIVERPOOL fans hope the team can become stronger next season and hopefully won the league title yg dah berbelas tahun tak dimenangi... tapi entahler... takat ni masih nengok depa still the best 4th place team in the league... tapi kalu EURO, memang jaguh...

so far LIVERPOOL dah ada peningkatan... dulu goalkeeping department yang paling bermasalah... lepas era Grobellar yang terkenal dengan keletahnya, dah takda goalkeeper yg boleh become a formidable last line of defence... but with Pepe Reina, so far he's performing well although sometimes ada off-form gak...

defence aku rasa dah ada peningkatan gak... Carragher memang aku seronok tengok dia marshall the defence with Hypia... now dengan Skrtel lak... lepas tu left and right ada banyak option... Finnan, Arbeloa, Risse, Aurelio boleh mainkan peranan as defenders and overlapping fullback...

midfiled tak perlu citer ler... Gerrard and Alonso cukup power... passing pun kalu kena pada tempatnya, perghhhhhh... dulu Momo Sissoko ada tapi dah cau sebab tak larat asyik panaskan bangku simpanan... laa ni aku tengok Ryan Babel salah sorang yg meningkat... kepantasan dan skill dia... tendang pun laju...

i think its a good move Rafa bought Torres... and also Kuyt... cuma aku masih tak berapa yakin ngan crouch... no doubt he can score tapi as an opportunist... skill wise tarak... ball control pun kureng... Voronin, Lucas or Benayoun belum nampak contribution depa...

so after this tunggu Champs League LIVERPOOL vs CHELSEA...

Read more...

ShoutMix chat widget

Labels

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP