Pentauliahan Apachie Rovers 2009

>> Friday, March 20, 2009

Salam,

Pada 13/3/2009 hingga 15/3/2009, Pasukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur telah menganjurkan Perkhemahan Pentauliah Sessi 2009... Pendaftaran peserta yang sepatutnya bermula jam 1500 hanya dapat dijalankan selepas jam 1600 kerana masalah komunikasi...

Seramai 19 orang peserta mendaftar untuk ditauliahkan dan menjadi sebahagian dari keluarga PPKAST... Majoriti ahli adalah dari kaum Cina dan ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana selama ini PPKAST hanya disertai oleh kaum Melayu...

Walaupun dalam keadaan yang agak kelam-kabut, tetapi dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua, perkhemahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah... Dan apa yang paling menyeronokkan pada perkhemahan kali ini ialah persembahan dari peserta yang betul-betul "havoc"... Tak kering gusi dibuatnya... Sampai keluar Tepuk Apachie versi 2009...

Aku telah diberi kepercayaan dilantik sebagai salah seorang main fasi bagi sessi Virgil... Sessi Virgil ialah sessi dimana ahli-ahli baru diberikan sekeping kertas untuk dibaca dan bertanyakan tentang mengapa mahu berkelana, semangat berpengakap dan lain-lain... Tuan Pengerusi mengharapkan sessi Virgil kali ini dapat dimanfaat oleh fasi dan peserta untuk menanam semangat pasukan... Selepas itu, semua peserta disarungkan dengan epolet Kelana menandakan mereka telah ditauliahkan sebagai Kelana dan sebagai ahli rasmi PPKAST...

Apapun, aku ucapkan tahniah kepada AJK Perkhemahan yang mampu merencanakan dan merealisasikan perkhemahan dalam masa yang singkat...

Akhir kata, Tepuk Tepuk Tepuk Tepuk Apachie!!!!

0 comments:


ShoutMix chat widget

Labels

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP