Bolasepak di Malaysia

>> Thursday, January 29, 2009

Salam,

Aku rasa topik ni orang dah muak nak perkatakan... Bila peminat bising, dok cakap something drastic will be done tapi the only thing yang drastic is about our football... Dari satu negara yang digeruni suatu masa dulu, aku ingat sekarang ni kalu Thailand ke, Indon ke, Singapura ke or even Laos cakap "Kita menghormati keupayan pasukan Malaysia bla bla bla", korang rasa tu ikhlas atau menyindir???

Mungkin kita ni peminat hanya tahu nak kritik nak kutuk nak bagi pendapat... Orang di FAM mungkin kata, suruh depa laa uruskan... Lor, sampai nak kata begitu (kalu ada ler)... Aku rasa rakyat Malaysia masih sayangkan pasukan negara dan negeri masing-masing... Tapi bila permainan takda kualiti, takda kesungguhan dan tak mampu nak berikan yang terbaik untuk peminat, camna kami ni tak lari pi nengok EPL atau international team yang lain...

Aku setuju jugak dengan pandangan B. Sathianathan... Dan aku jugak cadangkan supaya kita kembali semula ke tahap amatur... Kalu persatuan negeri tak mampu nak uruskan pasukan dengan professional, buang masa aje... Dah berapa banyak kes gaji pemain tak dibayar, EPF tak bayar, income tak tak bayar, gaji coach tak bayar dan macam-macam lagi... Apa kes??? Mana pi duit???

Aku rasa kalu kita balik ke liga amatur cam dulu, pemain dah tentu ada kerja... Ada kerja ada gaji... Ada gaji ada ler berasap dapur tu... Dan aku rasa kualiti kita masa zaman amatur lebih tinggi berbanding sebagai "PROFESSIONAL"... Professional tahi kucing... Dan aku mahu cadangankan jugak supaya pasukan negeri ni patut diuruskan seperti sebuah kelab... Bukan bernaung dibawah negeri tetapi mungkin secara entiti perniagaan... Negeri hanya menguruskan atau memantau perkembangan bolasepak di negeri masing-masing... Let businessman runs the team and not politician... Tengok cam badminton dibawah Dato Nadzmi... He's not a politician but a businessman... So far takda dengar masalah pasal kewangan... Mampu nak hire top ex-players untuk melatih pemain kita...

So why can't football be the same??? Sebab footballers ni rasa depa ni celebrity... Dan memang pun... So far ahli sukan lain ada ke kawin artis??? Tak perasan laa pulak tapi footballers ada... Tak perlu aku cakap tapi "LU PIKIRLAA SENDIRI"

Read more...

Photography Workshop

>> Wednesday, January 21, 2009

Salam...

Setelah hampir 4 bulan pegang Nikon D60 + kit lens, akhirnya aku dah sedikit mahir dengan kecanggihan gajet tu... Sebelum ni asyik dok main hemtam keromo aje... Samada AUTO atau M atau P tapi skill hancussss....

So on 17/1 dan 18/1, aku attend a digital photography workshop organised by Dunia Fotografi... Tunjuk ajar dari Cikgu Adhadi dan dibantu oleh fasi yang lain, tau ler aku camna nak guna mode M, A atau S... Nak tukar shutter atau aperture... Nak buat bokeh, nak shoot potrait dan lain-lain... Tapi masih banyak yang perlu dipelajari... Kalu nak tengok hasil kerja aku masa kelas tu, pi kat Flickr aku ataupun kat Multiply aku...

Kalu ditengok sekarang ni, merata orang guna DSLR... Mungkin ada yang nak carik income ngan kamera... Jadi wedding photographer ke, event photographer ke or apa ke... Tapi aku, sebab minat pada photography... Nak buat wedding ni, belum ada keyakinan... Lagipun wedding is a important occasion in one's life... Kalu client tak puas hati, nama kita gak buruk... So for now, I just want to shoot for fun, leisure and pleasure... Kalu ada yang aku rasa cun pastu ada value, maybe boleh hantar kat The Star ke, magazine ke... Kalu tak, kat Flickr aje...

Anyway, aku secara rasminya mempromosikan laman Dunia Fotografi untuk kalian... Samada anda dah pro atau amatur atau beginners, dah ada DSLR atau tidak, come join the forum...

Ciao....

Read more...

Permulaan 2009

>> Sunday, January 4, 2009

Salam...

Alhamdulillah kita telah memasuki tahun yang baru... Tahun Masihi 2009 dan Tahun Hijrah 1430... Banyak peristiwa suka dan duka dilalui sepanjang tahun 2008... Kita ambil itu sebagai kenangan dan pengajaran... Menjadikan kita lebih dewasa dan lebih matang...

2009 banyak bermula dengan tragedi... Keganasan zionis haram jadah dan keangkuhan si Semak aka George Bush... Sayu hati melihat paparan di TV atau akhbar... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang syahid.. "AL-FATIHAH"...

Dalam negeri pulak, kemalangan ngeri yang berlaku... 2/1/09 di Gua Musang dimana 2 keluarga kehilangan ahli mereka... 4 sahabat maut di Kuala Lumpur pagi 3/1/09, kemalangan di Alor Setar...

Of course ada juga berita kegembiraan... LIVERPOOL ARE ON TOP OF THE LEAGUE CURRENTLY... Who cares what the future may be or what the past records are... The present that counts... Hopefully they will do well against Preston pagi ni dalam FA Cup...

Esok, 5/1/09 anak-anak aku dah masuk sekolah... Tahun ni Daus di Tahun 6, Kakak Tahun 5, A'an Tahun 4, Ayad Tahun 2 dan Awan dan Fauzan masuk tadika... Memang parah poket dibuatnya... Tapi demi masa depan, aku dah bersedia... By hook or by crook, aku usahakan supaya mereka bakal jadi rakyat Malaysia yang gemilang, cemerlang dan terbilang... Cuma tahun ni, kena concentrate more on Daus... Of course not neglecting yang lain...

Work wise, hope to see more improvement on my department... Want to ensure work are done more systematically and smoothly... Apart from improving the services and facilities currently...

Azam??? Ada kat rumah sebelah... Ekekeke... Tu Azam lawyer... Azam tahun baru??? Tak perlu azam-azam... Selalunya "Hot Hot Chicken Shit" aje... Yang penting, live life the fullest... Be happy... Do what we do the best we could...

Till then... WORLD PEACE!!!

Read more...

SABS Class of 1987 Reunion

>> Monday, December 15, 2008

Dari kiri (belakang): Muzafar, Ricky @ Datuk K, Suria, Wazir, Bijan, Alam Shah, Zamzuri, Elias
Dari kiri (depan): Adha @ Esad, Wan Kamarudin, Azrin, Halimi, Azhar, Asri, Mazol, Zairol

Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat untuk bertemu dengan ex-classmate Sek Men Keb. Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai SABS.

Tanggal 13 Dis 2008 bertempat di MS Garden Kuantan, satu small reunion diatur. Walaupun cuma 17 orang yang hadir, but at least its a start. Setelah lebih 20 tahun tidak bertemu, masing-masing memang tak sabar untuk berjumpa kembali. Of course kebanyakkannya dah tak macam dulu. Banyak yang perubahan dari segi fizikal terutama saiz badan. Mungkin sebab kita semua dah berjaya dalam kehidupan. Ada yang jadi cikgu, pengurus, businessman dan sebagainya. Bak cerita Mazol bila jumpa Cikgu Chen dan dia kata "Dah jadi orang". Menunjukkan betapa kami ni masa sekolah dulu, NAKAL. Bukan jahat, tapi NAKAL. Itulah beza murid sekolah dulu dan sekarang. Senakal-nakal kami pun, masih menghormati cikgu.

Banyak cerita-cerita nostalgia zaman persekolahan keluar. Terbahak-bahak memasing bila mengingatkan semua tu. Kisah member ada makwe amoi, merokok kat tandas, cabar member ngorat member pompuan, bertelingkah dengan cikgu dan memacam lagi.

Masa 3 jam rasanya berlalu dengan pantas. Tak puas rasanya dok melepak tapi apakan daya memasing ada komitmen lain. Namun apa yang diharapkan ianya bukanlah satu penghabisan tetapi permulaan. InsyAllah, tahun depan ada cadangan untuk buat dengan lebih grand lagi. Ala-ala family day gak. Mana tahu maybe lepas ni kita boleh jadikan ianya satu kumpulan yang boleh membantu kebajikan rakan-rakan dan ahli keluarga, InsyAllah.

So kepada rakan-rakan, kita sesama cuba mencari kembali rakan-rakan yang lain. Kalu ada, mintak depa contact Suria or Bijan ataupun masuk http://groups.yahoo.com/group/xsabs87.

Read more...

Cerita Hari Raya

>> Tuesday, October 7, 2008

Seronok??? Sudah semestinya... Penat??? Memang pun... Tahun ni jauh aku berhari-raya... Raya pertama di Shah Alam... Pagi lepas solat raya, bermaaf-maafan dengan keluarga mertua dan ipar-duai aku... Tengahari seluruh keluarga berhari-raya di rumah saudara-mara wife aku... Dari rumah pergi ke Bukit Tinggi lepas tu Andalas di Kelang... Then ke Kg. Baru dan last sekali Gombak... Dari Gombak dalam pukul 7pm, gerak ke Kuantan... Sampai Kuantan dalam jam 10pm...

Raya kedua jam 9am gerak ke Kelantan ikut Jabor-Jerangau-Kuala Berang-Jertih... Sangkut jam kat Kuala Berang sebab ada eksiden atas jambatan... Lepas tu sangkut lagi kat Jertih and last sekali from Pasir Puteh ke Selising... Sampai Kg Bukit Bidang jam 4pm... Semua kelaparan... Nasib baik ada nasi dagang yang disediakan oleh cousin aku...

Malam tu berkumpul sanak-saudara sebelah mak aku... Siap buat BBQ ayam ngan kambing... Perrrgghhhh... Ramai sedara-mara aku datang... Memang seronok bila berkumpul ramai-ramai ni...

Raya ketiga ke rumah pakcik aku di Kota Bharu... Then rumah pakcik aku kat Gunong... Lepas jumaat ke Ketereh beraya... Lepas asar bergerak ke Pasir Mas... Nak beraya rumah biras orang tua aku... 5pm from Ketereh and reach Pasir Mas jam 7pm... Jem gilerrrrrrr.... Malam balik ke Bukit Bidang, sangkut lak jam about 5km from Ketereh... Nasib baik ada polis kawal traffic...

Raya keempat beraya rumah sepupu aku di Melor sebelom berkonvoi ke Kadok untuk majlis pertunangan anaknya... Dalam 12.30pm gerak dari Kadok untuk balik ke Kuantan... Sangkut jem kat Ketereh dalam 1jam... Slow traffic dari Melor ke Pasir Putih... Sangkut lagi kat Jertih, Permaisuri and Setiu... Aku dah mengantok... So berenti solat Asar kat kampung apa nama tah... Tukar driver ngan wife aku... Heavy traffic with average speed around 80km... Lepas tu aku tak sedar apa dah sampai ler kat Ajil...

Berenti solat Maghrib kat Ajil and aku take over balik driving... Ingat dah clear tengok kereta laju aje... Keluar dari masjid tu dah happy dah... Jalan dalam 3-4km, heavy traffic balik... Lampu kereta tu selagi jalan tu lurus, sejauh tu ler kita boleh nampak lampu... Aku pun apa lagi, pantang line clear kasi potong ler... Kalu nak ikut aje, kematu ler punggung aku jawabnya... Sampai Kuantan jam 1030pm... Singgah rumah orang tua aku, punggah barang then keluar balik pi beraya rumah ex-schoolmate aku... Sebab dah janji nak pergi...

Raya kelima jam 9.30am gerak balik ke KL... Traffic tak heavy lagi... Belasah 140km most of the time and reach KL jam 1230pm... Pi beraya rumah cousin aku kat Puchong... Then rumah babysitter anak aku dulu baru ler balik rumah mertua aku... Lepas maghrib, beraya rumah member aku kat Keramat and then balik Mantin... Sampai Mantin jam 11pm...

Tamat

Read more...

Isu Hangat

>> Tuesday, May 20, 2008

For the past weeks, banyak isu yang telah tersiar samada di akhbar atau berita atau Internet... isu Karpal ngan Raja-raja, isu kekalahan Malaysia dalam Piala Thomas, isu manifesto PR di Selangor dan bermacam-macam lagi... tapi aku cuma tulis 2 isu je... isu PLKN ngan issue Tun Mahathir quit dari UMNO...

let's start ngan PLKN... banyak suara yang mintak supaya PLKN dibubarkan... lebih banyak bawak masalah dari kejayaan... ntahler tapi secara peribadi aku tak rasa ianya patut dibubarkan... maybe aku tak berada di tempat org yang kehilangan anak di PLKN tapi org yang bagi komen tu aku tgk, bukan anak depa gak... so what's the fuss??? bagi kita org Islam, kalu dah ditakdirkan meninggal dunia masa dlm PLKN, kita nak buat camna???

tapi bila dilihat dari komen politik, depa dok kata kroni-kroni dapat jadi supplier itu supplier ini... so terang-terang bukan ler sebab keselamatan or kesihatan sangat, tapi politik... patutnya politician or MPs perjuangkan keadaan di kem dari semua aspek... kesihatan, keselamatan dan keselesaan pelatih... tapi ni tak... lebih nak menghentam lak... yes, we are nowhere near the Singapore National Service... tapi sekurang-kurangnya kita mahu membentuk jatidiri dan disiplin generasi sekarang... tengok berapa banyak gejala sosial yang berlaku sekarang ni... maybe ada orang boleh buat survey tentang keberkesanan PLKN dalam membentuk masyarakat yang lebih maju dan boleh berfikir tentang baik dan buruk... nanti kita sambung lagi lak...

sekarang hangat isu che det quitting UMNO... ada yang melatah tak tentu pasal... ada yang menyokong... banyak yang kata ini memecah-belah orang melayu... abis selama ni orang melayu ni bersatu ke??? sejak dari zaman dulu lagi, inilah masalah orang melayu... sifat dengki-mendengki, tak puashati, keras kepala dan macam-macam lagi sikap yang merosakkan kita... mungkin elok kalu semua letak jawatan and start fresh... means kasi muka baru... yes its a risk tapi apa bezanya??? maybe young people like mukhriz or hishamuddin...

aku tak tahu if tindakan che det ni betul ka tak... hanya dia yang tahu... ramai gak yang dengarnya ikut jejak Tun... cuma aku harap reason depa ikut tu sebab nak selamatkan negara... selamatkan UMNO... bukan 'eat mee hidden prawn' (aku laa ni seronok buat broken translation)... well, let see how the drama will end...

Read more...

Bola lagi...

>> Monday, April 28, 2008

Wah... Nampaknya its going to down to the wire... Chelsea beat MU last weekend (waakakakakakakakakaka) to open up the race for Premiership champion... Although Fergie and the rest of MU supporters kata ref salah, tapi hakikatnya MU kalah... Cuba kalu Chelsea yang kena... Sure Fergie kata ref made a right decision... Adatlaaa... Bila kalah, ada je lah alasan nak bagi... on paper, rasanya takda masalah for MU to win the last two games... but then you never know... bola itu bulat...

Lepas ni, Liverpool will be against Chelsea at the Bridge... Kalu sebelum-sebelum ni, Reds ada home advantage on 2nd leg semi... Tapi this season nampaknya tak... And with Chelsea not beaten at home for the past 80 over games, it looks like Reds have a huge task to break the record... But then Reds Champs League record memang hebat... So, its still not over until its overs...

Kalu ikutkan, malas nak bincang pasal Liga M... Bukan sebab tak patriotik atau takda semangat nasionalisme... Tapi apa yang peminat dapat hasil dari memberi sokongan pada pasukan kesayangan mereka... Sebab tu orang lebih minat liga luar negara... Ada kepuasan... Sekarang dah heboh lak kes rasuah... Mana silapnya??? Adakah FAM, Persatuan Negeri atau pemain yang bersalah??? Selalu keluar dalam akhbar kata negeri tak bayar pemain... tak bayar caruman dan sebagainya... Mana pi duit??? Bukan ke tiap tahun ada peruntukan dari FAM??? Tapi negeri pun satu bangang... Usaha sikit cari sumber kewangan... Jangan harap peruntukan aje... Jangan harap sponsor aje... Sponsor pun nak tengok jugak hasil sponsorship depa... Mungkin for a start, keluarkan semua orang politik dari persatuan... Carik businessman pulak terajui... Ataupun korporat kan pasukan cam EPL tu... Kalu pemain tak dapat gaji or tak setimpal dengan khidmat yang diberikan, tak mustahil rasuah akan berleluasa kembali...


Anyway, apa yang aku citer kat atas tu pendapat peribadi aku... Terpulang untuk anda menilai dan memberi pandangan...

Read more...

ShoutMix chat widget

Labels

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP